Friday, August 28, 2009

award lagi dari gavinoz

hai semua..kemarin aku dapat award lagi dari gavinoz...nie award yg ke-2 dari dia..... gambar di bawah adalah award yg lama dia bagi....klo ada sesapa yg nak ambil award di atas silakan ambik...klo x nak sudah...

Wednesday, August 26, 2009

Taubat

kepada semua makhluk2 Allah,anda diminta bertaubat...bertaubatlah anda sebelom anda ditaubatkan.....kepada sesapa yg sebelom nie selalu mengutuk dan menghina orang diminta agar cepat2 bertobat...haa..dan tak dilupakan juga kpd sesapa yg mengfitnah malaysia pon ,anda diminta agar segera bertaubat...sebelom ajal datang menjemput anda....bagus tau bertaubat di bulan yg mulia nie....sesapa yg terasa hati..aku mintak maaf..tp siapa yang makan cili dialah yg terasa pedasnya.:@

Tuesday, August 25, 2009

best frenz 4ever



melalui blog aku nie,,aku nak mengucapkan bebanyak trima kasih kpd semua kawan2 aku yg telah banyak menolong aku....banyak sungguh perkataan banyak...hehehe.

klo aku ada masalah apa2 mesti aku cite kat depa...kat skolah klo x dak depa2 nie mmg sunyi gila la idup aku nie....

my best friend not my boyfriend.

-fatin nadia

-wani

-iffa

-tikah

-nisah

kepada kawan2 ku semua klo aku ada wat cilap kat korang yg membuatkan korang marah kat aku,aku mintak maaf sangat2 k..maafkan aku yer.

rakan blogger

-abang besi

-cahayachenta

-gavinoz

-nophie

-riBEna

selamat pagi semua...apa khabar??sihat???posa x ari nie...ari nie aku dapat award dari seseorang yg cute iaitu sis Bie...aku teruskan je lah yer*-*kena letak award nie di blog korang

*-*bagi award pada 10 blogger yg rapat ngan korang atau sesapa jer la yg korang nak bagi
*-*memberitahu penerima award nie dengan memberi komen di blog mereka
*-*10 orang yg di tag ialah:
-nadia94
-abang besi
-cyahayachenta
-gavinoz
-nophie
-riBena
-jemarisepi
-cikguKhairiza
(selebihnya tak tau nak bagi kat sapa)
beberapa orang yg disebut diatas sila ambil award tersebut....k tatatititutu

Sunday, August 23, 2009

tag dari abang besi

kelmarin aku dapat tag dari abang besi...makasih abang besi bagi tag yg........mmg ilang tensen study...

1. Anda rasa anda hot?
tak kot coz tak dak api kat badan nak panas cam na

2. Upload gambar kesayangan anda!
3. Kenape anda suka gambar ini?
coz waktu tu aku ngan adik aku nmpk cute sangat...tngah pakai baju raya la katakan.


4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
klo pizza hut lama dah tak makan tapi klo pizza singgit tuu baru beli ja kat kantin skolah ari tuu...(sbelom posa la,jgn kata aku tinggal posa plak)

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
the climb...dah aku buh lagu tu dlm blog aku...tiap2 ari dengar yg tu je la.


6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
dok tengah tenung monitor...nasib baek tak juling,nanti tak dak orang mau plak

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama ape?
cyg kot..baru romantik,ataupon honey ker tak pon ling...wuihh meremang bulu roma aku(klo ada pon apa salahnyer)


8. Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan.
1-nadia94(ambek ko buli lagi aku kat skolah)
2-cahayachenta(smoga bertemu calon yg sesuai)
3-gavinoz(harap faham yer apa yg ditulisnya)
4-nophie(maaf yer menyusahkan tp kena tag nie tanda syg)
5-along arman(mas cyg ngan akak)
6-dody(cuba la jawab soalan)
soalan tambahan

nama timangan
mas(panggil dgn nada yg manja)


anda seorang yang:
happy go lucky(tp takkan ambik laki orang..nanti kena serang mampus)


lagu kesukaan:
apa2 ja yg sedap didengar...tp klo lagu yg melayan prasaan best gak.


best food kesukaan anda :
tak tersenarai coz la nie tengah posa...klo bagitau abis meleleh air liur nanti


sikap yang membuatkan anda stress :
tergedik-gedik macam nak terkucir(menyampah i)


Pebenda yang mesti ade lam beg :
duit laa apa lagi..nanti nak shopping senang


warna kesukaan anda :
purple ngan biru
tag 6 rakan :
tetibe jer saat dan ketika nie....hati sayu nak tag rakan yg len

Friday, August 21, 2009

bongkar rahsia abjad nama(I,J,K,L,M,N,O dan P)

i-kamu miliki kualiti untuk dicintai,dihargai,bahkan dipuja.kamu tidak tertarik pada orang amatur kecuali mereka yang mahu belajar memperbaiki kekurangan dirinya.kamu cerewet dan menghabiskan banyak tenaga untuk memenuhi keinginanmu.

j-kamu sangat romantis dan sangat terpengaruh dengan kemewahan cinta.kamu menagih cinta,merayu untuk disayangi.memerlukan suasana yang mewah,dan yang penting dirimu dihargai

k-tak ada kata lain,kecuali:kamu benar2 luar biasa dan mengagumkan

L-kamu sangat romantis,ideal dan kadang2 percaya bahawa mencintai seseorang itu bermakna sanggup berkorban.kamu sanggup mengakhiri hubungan atau berhenti mencintai si dia jika si dia memberi kamu banyak masalah

m-emosional yang bersemangat.kamu sanggup berhabis-habisan untuk meraih cinta.kamu juga senang bertindak seperti 'ibu' kepada pasangan kamu

n-maaf kamu ada masalah dengan hubungan sosialmu.

o-jiwa kamu penuh kasih sayang.malah kamu terus berharap pasanganmu juga begitu.

p-kamu faham dan sedar apa itu lingkaran sosial.kamu tak akan berfikir untuk melakukan sesuatu yang boleh membahayakan reputasi dirimu.bagimu,penampilan itu penting.kamu bukan sahaja memerlukan pasangan yang kelihatan kacak atau cantik.tapi juga pandai.

Thursday, August 20, 2009

bongkar rahsia abjad nama(E,F,G,H)

]nie sambungan untuk yang ari tu..yg tergendala sekejap disebabkan peperiksaan percubaan....

E-pandai bercakap,jika pasangan kamu bukan pendengar yg baek,hubungan boleh menjadi berantakan.apabila sudah jatuh cinta,kamu sangat setia(ohh i like it)tapi kesetiaan itu tak cukup bererti bagi kekasih kamu itu jika dia bukan seorang yg pintar

F-kamu terlalu memuja pasangan kamu.apa yang kamu cari adalah pasangan hidup terbaik.di depan orang ramai,kamu suka menunjuk2 sikap romantis yg kamu miliki.....

G-kamu seorang yg sangat pemilih.kamu hanya mengganggap orang2 yg ada status serta intelek lebih sesuai untukmu.malah kamu juga pandai menggoda!!

H- kamu mencari pasangan yang mampu menaikkan reputasi dan keterampilan.kamu sangat baik terhadapkekasih dan sanggup memberikan komitmen

tunggukan sambungan huruf I,J,K,dan L

Monday, August 17, 2009

percubaan pmr

ari nie periksa baru abis 3 subjek ada 6 lagi.....(hari ke-2).....
soalan semua payah2.bahasa melayu senang laa jugak,english pon bleh tahan senang laa...
yang paling payah skali science...apa yang aku baca semuanya x kuaq....jawab pon ikut logik ja,takut nanti markah pon ikut logik jugak..mampus...x jangka lansung laa nak kuaq soalan yang macam tuu
soalan pon pasai elektrik,mana laa nak qeti buat...budak laki bleh laa..

esok subjek math plak...x tau laa nak merapu apa plak kat kertas tuu nanti...tapi aku suka math lagi drpd science..aku suka kira2..nnti bila duit banyak nanti senang la sikit nak kira.hehehe
memang dari sekolah rendah gie aku suka subjek math..lagipun ayah aku kata subjek penting nak masuk universiti ialah math n english.....pendidikan islam pon esok gak,,banyak sungguh yang kena dibaca...

k lah tata...nanti sambung lagi yer

Friday, August 14, 2009

sakit hati gilerrrr

heeeeeeeeee....geram betol laa..ada la sorang minah nie,prangai macam apa gie..ingat dia tu elok sangat ker..sedap2 mulut dia ja nak kata kat orang macam la dia tu bagus sangat..dah la minah gedik.meluat betul.

bila nak mintak tolong,mai bertenggek kat orang bila dah dapat mengata orang kat blakang...klu tak puas hati ngan aku mai arr..macam la aku takut sangat kat ang..

nasib baek taun nie priksa..klo x memang aku dah lenyek dah budak tuu buat roti canai...klo buat roti canai pon sapa nak makan klo dah prangai cam tuu...buat stik pon x tentu ada yang nak makan..

k lah nak siap2 smbhyang sat..biaq sejuk sikit hati nie

Thursday, August 13, 2009

bongkar rahsia abjad nama

A-kamu jauh dari romantis.lebih tertarik dari tindakan.maka tidak ada tempat bagi seseorang yang malu-malu kucing,manis,berlagak sopan @ kontrol ayu.secara penampilan luaran,ternyata kamu seorang yang seksi

B-aduh,romantisnya.bukankah kamu suka suasana makan yang indah hanya kamu berdua?kamu ingin dimanja dan tahu bagaimana memanjakan si dia.kamu memerlukan sensasi dan pengalaman barubagi menyesuaikan keinginan kamu yang suka bereksperimen

C-hebat!kamu pandai bersosial.bagi kamu objek kasih sayang haruslah diterima secara sosial,dan utk itu si dia harus kacak @ cantik.kamu termasuk dalam golongan remaja yang seksi dan sensual

D-sangat bersemangat dalam mengejar sesuatu yang diinginkan.tapi kamu sangat prihatin dan suka membantu masalah orang lain.luarannya,kamu sangat seksi,setia dan penuh semangat dalam membina hubungan.

abjad yang lain kena tunggu...tapi nak bagitau benda nie jangan percaya sangat,ini hanya untuk hiburan sahaja dan untuk dijadikan bahan bacaan

Wednesday, August 12, 2009

Rahsia Warna

merah:hmm...kamu seorang yang berani dan tidak takut kepada apa saja cabaran yang mendatang.Paling penting,kamu juga seorang yang komited dan keras kepala.hmm

putih:melambamgkan jiwa yang tulus dan sangat mencintai kedamaian.penggemar warna ini juga adalah seorang yang praktikal dan boleh menilai sesuatu perkara dengan baik

ungu:ungu melambangkan misteri yang tiada penghujungnya.penggemar warna ungu dikatakan seorang yang sofisikated.ceria, dan bersedia untuk apa sahaja

kuning/emas:sehangat warnanya,kamu seorang yang gemar mencari kelainan terhadap apa sahaja yang kamu lakukan.Dan yang pasti,kamu juga seorang yang gemar dihargai dan disayangi

merah jambu: kata orang,warna ini warna 'orang perempuan'.benarkah?yang tentunya penggemar warna ini dilihat cukup sentimental dan lemah lembut.

hijau:hijau itu mendamaikan...kamu seorang yang sukakan kedamaian.kurang gemar bersosial,tetapi kamu mudah didekati

Thursday, August 6, 2009

merintih pilu

sayup-sayup ku biar perasaan
ini mekar
menimba diri yang malang
namun siapa tahu hati ini
yang selalu ku damba tetapi tak
dapat
meraih rindu dari seorang
perindu
akan adakah rindu buatku?
aku tahu kau juga begitu
namun rindu tak terucap dek
kata-kata
kerana rindu itu sudah tandus
dek kemarau yang panjang
hiba ku tanggung duka
duka ku tanggung derita
buat maha pencipta
aku sujud memohon padanya
yang Esa
pada diri yang merasa hina
dari insan yang bergelar
durjana
akan adakah sedikit ruang
kemaafan untukku?

mimpi yang sempurna

adakah ku kenal diriku?
kamu kenal dirimu?
dirimu kenal aku?
dicari-cari tak berakhir
namun juga tak mati
namun aku tahu
aku bukan bermimpi
untuk mengabur matamu
lalu bangkit dari tidur
tidak sempurna tidurku
dengan hadir bayang dirimu
meracau akal fikirku
mengusir mimpi-mimpi ku
menabur racau igauku
namun aku tetap tahu
bukan mudah bagimu
malah aku juga
mendapatkan mimpi yang sempurna
selagi dirimu dalam diriku

penawar luka

Biar ku pergi membawa diri
mengikut diri yang
ketandusan rindu
kemana-mana yang ku
rasakan perlu
tanpa rasa getar,tanpa rasa
sesal

kerana itu ku tahu
mereka mencemuh diriku yang hanyut di telan durja
di persada sepi ini kembali
kerana sedikit cita-cita
lebih dari cerita cinta
namun tidak ada siapa yang
tahu

adakah engkau?
yang mencari seribu waktu
menatap pilu ku
mengimbau kenangan ku
namun aku cukup mengerti
bahawa hidup ini adalah
penawar
penawar kepada sejuta luka
yang hadir tanpa berita

Sunday, August 2, 2009

11 cara kekal bercinta

hai semua.....kepada kengkawan yang terlampau sayang pada kekasih korang nie ada tips untuk kekal bercinta.tapi kalau kekasih korang tu jenis suka main kayu tiga x leh nak wat apa-apa dh la.

  • jaga penampilan diri
  • ikhlas dlm memulakan perhubungan
  • sentiasa berfikiran positif
  • berikan pujian dgn ikhlas
  • tunjuk sikap mengambil berat ttg pasangan
  • jgn bersikap sombong
  • memberi peluang utk memperbetulkn keadaan
  • hormati ego pasangan kamu
  • berbincang setiap masalah dgn fikiran terbuka
  • gunakan daya pujuk utk menangani pasangan utk memujuk
  • lakukan aktiviti beriadah bersama2 utk eratkan hubungan

tanda si dia ada 'orang lain'

haaaa...nak tau ark tanda-tanda kekasih hati ada org len.antara tanda-tandanya ialah:
  • sering mencipta pergaduhan
  • menjauhkan diri dan sukar diajak komunikasi
  • terlalu mementingkan soal penampilan diri sendiri
  • mengubah kebiasaannya
  • suka memancing hati kamu dgn membeli hadiah yg sebelum nie jrang d lakukan.
  • jarang d rumah
  • bnyk berahsia

kelakar:gara-gara makan soto

kenangan masa menuntut lagi....Amin dan keluarganya pergi bercuti ke Johor Bharu.Disana mereka singgah di sebuah kedai menjual sota yang dikatakan terkenal di kota itu.Hendak dijadikan cerita itu perut Amin sangat lapar.Tanpa segan- segan Amin pun terus memesan tiga mangkuk soto beserta nasi himpit.Wow..terasa sangat kenyang.Ketika masuk dan duduk dalam kereta.Amin terpaksa membuka kancing seluar.Apabila sampai ke rumah,Amin terus keluar dari kereta utk membuka pintu pagar,terlupa ttg kancing seluar yang belum ditutup.akhirnya seluar Amin melorot sehingga menampakkan seluar dlmnya.Aduh malunya apabila kejadian ini ditonton oleh ahli keluarga dan jiran tetangganya.Semenjak itu.Amin janji tidak akan makan sampai sekenyang itu lagi.Taubat!