Saturday, December 5, 2009

Van Mayat

MALAM ini Perak lawan Johor.Kita mesti menang.Saya sebagai peminat bola tak mahu lepaskan peluang.Tidak kira hujan atau ribut,saya akan ke Stadium Bandar Raya Ipoh.Dengan Johor ni macam ada badi,selalunya seri.

"Man,jadi malam ni?Seladang nak lenyek si jengking."
"Okey aja.Ringgo,dema macam mana?"Isman bertanya kepada Rahim yang kami panggil Ringgo.Ringgo bersetuju.Begitu juga Sham.Itulah kawan-kawan yang selalu bersama saya ke stadium menonton perlawanan bola sepak.Kami sejak dulu minat bola.Kalau ada perlawan di Ipoh,pasti pergi.Kalau Perak masuk final dan lawan di stadium Shah Alam,pun kami pergi.
Rumah kami di Taiping,tapi minat punya pasal,itu tak jadi soal.Pergi petang,habis perlawanan minum minum sikit,pekena roti canai,baru balik.Esoknya cuti pergi kebun.
Petang itu kami ke stadium dengan menaiki kereta kancil milik Ringgo yang baru dibeli dua bulan lepas.Perlawanan malam itu berlansung dengan rancak.Dan seperti biasa,seladang dan jengking sama handal.Seri lagi.....2-2.
Sebelum pulang kami singgah di sebuah kedai mamak pekena teh tarik serta roti canai.Sambil itu mengulas serba serbi tentang perlawanan tadi.Mulalah mengutuk si polan dan memuji si polan.
Pukul 12.oo malam,kami bertolak pulang.Ringgo memandu agak perlahan kerana hujan renyai dan kebetulan esoknya hari Ahad.Baru setengah jam perjalanan,Sham dan Isman sudah berdengkur.Tinggallah saya dan Ringgo saja yang berjaga.
"Kuatkan sikit lagu tu," kata Ringgo bila radio menyiarkan lagu-lagu yang menarik.kalau tidak silap saya lagu kumpulan Wings,Intan Ku Kesepian.
Waktu kami mendaki bukit berapit yang curam dan berlengkang-lengkuk,saya dapati ada sebuah kenderaan di belakang.Suluhan lampunya jelas terpancar dalam cermin kereta kami.Kian lama ia kian hampir dan seterusnya memotong.
Apabila ia berada di sebelah kami,kenderaan tersebut memperlahankan kelajuan dan bergerak seiring dengan kereta kami.Mulanya kami tidak menghiraukannya,tapi bila agak lama ia begitu,Ringgo merungut.
"Nak potong-potonglah,kalau nak test power...aku tak ada masalah.Tapi ka..."tiba-tiba dia berhenti bercakap.
Saya yang baru hendak tergelak segera memandang ke arah Ringgo.Dia terus diam,tapi mencuit paha saya dan memberi isyarat tangan supaya saya menoleh ke arah kereta di sebelah.
Bagai hendak pengsan saya ketika itu kerana kereta di sebelah berwarna putih dan di dalamnya dipenuhi dengan lembaga putih.Lebih tepat lagi,bentuknya sama seperti mayat yang sudah dikafan.Pada kepalanya terdapat satu punjut ikatan sama seperti yang dibuat pada mayat sebelum di masukkan ke dalam liang lahad.
Tanpa berkata apa-apa,Ringgo meningkatkan kelajuan keretanya,tapi kereta di sebelah juga begitu.Bila Ringgo memperlahankan kereta,ia juga memperlahankan kelajuannya.
Mulut kami kelu,tak boleh berkata apa-apa.Darah terasa kering,kalau di toreh pun takkan berdarah.Yang mampu di sebut cuma ALLAH,ALLAH,ALLAH...itu saja.Surah-surah lazim yang mudah-mudah pun tidak mampu diingat lagi.
"Laju lagi Ringgo,"kata saya,perlahan.Suara saya tenggelam timbul.
Ringgo memecut kancilnya,tapi kereta disebelah tetap bergerak seiring.Aduh...tidak dapat hendak digambarkan perasaan saya ketika itu.saya tidak berani menoleh ke sebelah bimbang ia sudah bertukar wajah.
Selepas beberapa minit bersaing,kereta yang di penuhi mayat itu memecut meninggalkan kami.Ia ghaib sampai ke puncak bukit berkenaan,tiada lansung kelibat lampu belakangnya.
Bermula malam itu,saya dan Ringgo tidak berminat sangat untuk menonton perlawanan bola sepak pada waktu malam.Sham dan Isman juga begitu.MyEm0.Com

7 comments:

Rizkyzone said...

wah suka juga y sob ama sepak bola, kalau aq g begitu suka.....

suka juga ya ama lagunya wings "intan ku kesepian" kalau aq suka bgt ama lagu2 malaysia, hampir semua lagunya aq hafal d luar kepala, exist, data, screen, new boys, iklim, scoin, scan, lestari, rahmad, fahrenheit, wings, slam, eye, rudiath, den, kamikaze, lela, dinamik, oland, stings, arrow, spring, spiranza, dan masih banyak lagi aq hafal d luar kepala, d blog aq tak pasang lagunya wins "misteri mimpi syakila". kalau ketemeu ama mereka salam yah sob, dari fansnya di indonesia

mas said...

mas>>rizky2009
InsyaALLAH kalau aq jumpa yer..
dasyat yer kamu kenal mereka,minat betol kamu

Unknown said...

eh! awk ni cte betol ke? seram la confrim tak leh tido mlm ni.... seketoi jer hantu pocong kat sebelah!!!! yang bawa keta 2 pun hantu pocong ker? eee.... seram!!!! ape2 pun lps ni saya xkn lepak mlm2 dah!!!!!

mas said...

ntah la betol ke x...saya ciplak dari buku tajuk ghaib.hihihihi...cerita dlm buku tu semua depa kumpul dari majalah mastika...agaknya betol la kot.agaknya lah...

sedikit sebanyak cerita ni bg pngajaran supaya orang tak kuaq lepak malam2...huahuahua...kecian deh lu....huhuhuhu

Aidi-Safuan said...

wah..ingat citer lawak tadi.sekali citer seram plak

mr.kordes said...

alamak...seram la yuu!!

mas said...

mas>>aidi
hihihi...kesian awk...nie msti tak leh tido mlm nie

mas>>pakcikkordi
hihihi serammm