Showing posts with label gagahkah lelaki????. Show all posts
Showing posts with label gagahkah lelaki????. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009

di mana gagahnya seorang lelaki

Mungkinkah pada sepasang matanya,
yang jelingannya tajam menusuk jiwa,
atau mungkinkah pada tubuhnya,
yang gagah perkasa untuk diperagakan
atau mungkinkah pada rupa parasnya,
yang bisa memikat hati sesiapa yang memandangnya,
atau mungkin pada tutur katanya
yang bijak bermain kata
juga bisa mencairkan hati wanita
atau mungkinkah pada pakaiannya
yang tampak segak penuh bergaya
atau mungkinkah pada batinnya
yang sentiasa luhur dan ikhlas
yang tidak pernah menghampakan sesiapa
yang sentiasa rindukan Tuhannya
ya,baru kini aku temui jawapannya...
yang bisa merungkai segala persoalan
yang sering bermain di mindaku,
gagahnya seorang lelaki itu,
bukannya pada luaran sahaja sebaliknya...
sejauh mana dia dapat mengawal perasaan marahnya,
ketahuilah,
kegagahan seseorang lelaki itu,
bermula daripada seketul daging dalam diri,
yang bernama hati,
sekeping hati yang ikhlas,tulus dan tawaduk,
dalam menunaikan ibadat kepada Allah

p/s:posting ini tiada kaitan dengan heart broken okey...