Monday, December 14, 2009

pegi lawatan kat alor setar

assalamualaikum
kan aku dah kata ari tu klo aku rajin,aku akan buh gambar masa pi lawatan
di alor setar...nie aku dah buh...
tu maksudnya aku ni rajin..hihihi
(tak dak gambar aku lansung dlm gambar okey)
pada asalnya kolah wat lawatan pegi modenas,tp pihak
sana tak bagi kputusn akhir,samada kami bleh
pi sana ke tak....tak pi modenas pon tak pa.asalkan bleh
jln2 kat alor star..


(gambar nie diambil berdekatan dengan galeri seni)
gambar ni aku dah buh dah ari tu..huhuhu

ni waktu kitaorang kumpul kat dewan kolah sebelom bertolak.
waktu tu ujan turun lebat...aku tak dak dlm gambar coz
aku dok barisan belakang kali...sebenarnya kami pi dgn menaiki 2 biji bas,
coz ramai sangat nak ikut...ada 80 lebih jugak la..
waktu tu muka cikgu nampak tegang ckit la...ha la,nak kawal pelajar yg ramai sangat.....pompuan senang nak jaga...
laki la yg payah ckit tu....hehehehe


haaa...gambar kat atas waktu kitaorang kat pusat sains wilayah utara.
baru bukak jer...pusat sains macam kat kl tu...
ala sebelah ngan muzium padi jew...
ni destinasi pertama kami...

bdak2 laki tu ngah proses organ2 dalaman manusia.
depa dok susun atur...la maklum lah...
pasal benda2 ni minat sangat la...
tambah2 tajuk reproduction...
bila nak ulang kaji...tajuk tu la yg depa mintak...

nie cikgu2 aku...dari kanan cikgu mansor(ajar geo klas aku baru beberapa minggu jer),cikgu fauzi(kaunselor...tul dak tau aku eja),cikgu farid(paling aku tak suka.mulut takdak insuran.aku baca buku pon dia marah)
cikgu zuki(suka renung orang,macam nak makan ohhh)


nie gambar kat muzium padi..kat tingkat atas skali...yg
gambar besar tu...






(gambar kat luar muzium padi)


(menara alor star)
dulu aku dok perlis tiap2 minggu jugak la pegi alor star,
tpi tak penah naik menara tu....asik tengok jer..
sapa yg gayat tuu,aku cadangkan tak yah naik la...

nie ngah tunggu nak nek lif...depa ni dengki la,
lindung aku,saja tak mau gambar aku ada...huhuhuhu..
skali nek 10 orang ja...so kena la,tunggu


tiket nak masuk....harga asal rm6..tp kitaorang rm3 jer...
jgn jeles...perhatian,gambar tangan di atas bukan tangan aku,
tangan tu tangan bdak laki k...
tangan aku lembut n licin jer k...huhuhuhu

gambar cikgu2 ngan anak2 mereka...cikgu yg pakai tdung itam tu
gugu kelas aku....bek ooohh


awan mendung nak ujan

ni destinasi last skali...kat pekan rabu,walaupon kami pegi ari khamis....
waktu kat kolah..cikgu lawak jer kata ni pekan khamis...kawan aku caya
bulat2...huhuhuhu...
sepanjang perjalanan pi dan balik,ujan asyik turun jer...
klo benti pon sat2 ja...

Sunday, December 13, 2009

13 disember

Happy Birthday Myspace Comments


ahhh...taun lepas..tepat pukul 12,mesti da msj masuk....ucap eppy besday..
taun nie tak der pon...boringnya......

Saturday, December 12, 2009

melawat usm

assalamualaikum
lagi 2 ka 3 minggu ntah sebelom cuti kolah,
kolah wat lwatan pegi usm...lama dah...huhuhu
lawatan pegi usm antara aktiviti yg kolah wat untuk budak2 form3..
tapi bukannya pree...berbayar...
tak mahal pon,rm25 ja...
tak mahal la coz bukan guna duet aku pon...huhuhu
best sangat melawat usm...
banyak yg aku dapat mengenai usm kat penang tu...
usm tu kan besar...so banyak tempat la yg kitaowang pegi..
aku nak buh gambar tp tak dak...
so bila cikgu buh jer dlm blog kolah,apalagi
ciplak laa...huhuhuhuy
tetiba jer rasa nak bukak blog kolah..dlu slalu bukak
nak tengok gambar tp cikgu tak
buh lagi..
tadi plak tergerak ati nak bukak tengok
wah...
ada laaaa..
dah buh rupanya..
mesti lama dah..
ni antara gambar yg telah diciplak
sikit jer aku ambek,tak banyak pon
(nie gambar masa kat dlm galeri seni dan kebudayaan kot...)


(nie plak masa tengok pasal angkasa lepas...
kat depan skali tu ada skrin besar tau...cam dlm panggung
wayang la plak)


(nie bahagian pe tah...farhana tu, org suh dia test nak
jadi dj la kononnya)comelkan dia



(nie...masa kat dlm perpustakaan hamzah sendut 1 kot...dia bagi penerangan
tentang tugas2 diorang...sori ek kalau tersilap tulis
nama perpustakaan tu)

(bilik ni tempat utk bersantai...bleh dengar radio lagi...pilih
jer lagu apa yg korang nak)

(gambar ni masa kat alor setar....sori,gambar nie sesat.huhuhu)
(ni waktu mula2 sampai kat usm...depa yg dlm gambar tu lah
yg nak bawak kitaorang masuk makmal...kecuali yg baju merah,tu cikgu gua lah)


(lepas melawat makmal...apalagi makan la)
P/s:nt aku post pasal aku p alorsetar plak er...kalo aku rajin la
p/s:gambar tidak mengikut susunan okey...

run 4 ur life

assalamualaikum
tadi aku p kedai,ayah aku suh beli bawang goreng...
sebagai anak yang mithali...wahhh...aku pon dengan rela ati
pi la ke kedai....lepas je aku tukaq sluar(sebelom tu aku pakai kain).
aku pon kuaq la dari umah nak pi kedai...
aku pi nek bas....ikal(orang perlis panggil gerek)
nak nek moto,ayah aku tak bagi,katanya bahaya...
mmg betol la kan...la ni banyak x-c-dent.nak nek keta,tak reti bawak pulak
...haa...ayah kata nak ajar aku nek keta taun depan...bila cukup
umo nt,bleh ambek lesen trus...
nak dijadikan citer,bila jer aku sampai kat depan kedai tu
aku nampak sorang budak laki nie...pakai baju oren..(tak ngam lansung ngan kulitnya)macam kenal...sekali dia kaleh...rupa2nya ex aku..
tak per la,lepas tu aku masuk la pegi beli bawang goreng.
alih2 lpas kuaq dia dah ilang...
asal nampak aku jer mesti dia lari...nape erk???
macam la aku nie hingin sangat kat dia...
bleh blah la ko...
bukan dia jer...ada sorang abang nie aku minat sejak form2 lagi.
la nie abang tu ambek spm...gud luck..
dia pon bila nampak aku jer dia lari..bukan lari la jln kot arah len..
ntah la nape....
maybe prasaan aku jer kot...
p/s:sok ari jadi aku...tak de kena mengena ngan en3 pon

Thursday, December 10, 2009

adakalanya lebih baik...

Adakalanya lebih baik...
Manusia di anugerahi Allah dengan serba
kesempurnaan dan kelebihan berbanding makhluk lainnya,
Namun tidak ramai manusia bersyukur dengan anugerah tersebut...
Sebaliknya memanfaatkan kelebihan itu untuk tujuan
yang jelas bertentangan dengan perintah pencipta-Nya
lantaran itu,adakalanya lebih baik...
  1. Buta mata daripada celik tetapi melihat perkara yang cemar dan aib
  2. Pekak telinga daripada mendengar dusta dan berkata nista
  3. Bisu lisan daripada berbicara dusta dan berkata nista
  4. Berwajah buruk daripada cantik tetapi riak dan mermegah-megah.
  5. Tak berakal daripada waras tetapi berkelakuan seperti orang tidak siuman.
  6. Pendek usia daripada panjang tetapi hidup dalam kemungkaran dan kemaksiatan.

Wednesday, December 9, 2009

di mana gagahnya seorang lelaki

Mungkinkah pada sepasang matanya,
yang jelingannya tajam menusuk jiwa,
atau mungkinkah pada tubuhnya,
yang gagah perkasa untuk diperagakan
atau mungkinkah pada rupa parasnya,
yang bisa memikat hati sesiapa yang memandangnya,
atau mungkin pada tutur katanya
yang bijak bermain kata
juga bisa mencairkan hati wanita
atau mungkinkah pada pakaiannya
yang tampak segak penuh bergaya
atau mungkinkah pada batinnya
yang sentiasa luhur dan ikhlas
yang tidak pernah menghampakan sesiapa
yang sentiasa rindukan Tuhannya
ya,baru kini aku temui jawapannya...
yang bisa merungkai segala persoalan
yang sering bermain di mindaku,
gagahnya seorang lelaki itu,
bukannya pada luaran sahaja sebaliknya...
sejauh mana dia dapat mengawal perasaan marahnya,
ketahuilah,
kegagahan seseorang lelaki itu,
bermula daripada seketul daging dalam diri,
yang bernama hati,
sekeping hati yang ikhlas,tulus dan tawaduk,
dalam menunaikan ibadat kepada Allah

p/s:posting ini tiada kaitan dengan heart broken okey...

Tuesday, December 8, 2009

mengapa tak tangkap

sekumpulan kanak-kanak dari kelas tadika telah
dibawa melawat balai polis untuk mengetahui
tugas anggota polis.mereka telah melihat papan
kenyataan yang meletakkan gambar sepuluh
penjenayah yang paling dikehendaki.

seorang kanak-kanak telah bertanya kepada
pegawai yang menyambut mereka sama ada
gambar itu betul-betul gambar penjenayah tersebut.

"Ya,"kata pegawai itu, "mereka sedang diburu
polis,"

"mengapa tak tangkap masa ambil gambar itu."

Sunday, December 6, 2009

air dalam kaburetor

ni aku wat posting baru...pendek jer...kalau aku wat posting panjang2 pon korang bukannya nak baca..wat penat aku taip jer.....menyampah i.....
MyEm0.Com
Isteri Prof.Sam bercakap dalam telefon,
"Abang kereta rosak."
"Apa rosaknya?tanya Prof. Sam.
"Ada air dalam kaburetor"
"Air dalam kaburetor,mengarutlah,"Prof.Sam
agak terperanjat.
"Betul ada air dalam kaburetor,"kata isterinya.
"Kaburetor tu awak tahu ke macam mana rupanya,
tunggulah saya balik tengok,keretanya di mana tu?
"Dalam kolam renang"

Saturday, December 5, 2009

Van Mayat

MALAM ini Perak lawan Johor.Kita mesti menang.Saya sebagai peminat bola tak mahu lepaskan peluang.Tidak kira hujan atau ribut,saya akan ke Stadium Bandar Raya Ipoh.Dengan Johor ni macam ada badi,selalunya seri.

"Man,jadi malam ni?Seladang nak lenyek si jengking."
"Okey aja.Ringgo,dema macam mana?"Isman bertanya kepada Rahim yang kami panggil Ringgo.Ringgo bersetuju.Begitu juga Sham.Itulah kawan-kawan yang selalu bersama saya ke stadium menonton perlawanan bola sepak.Kami sejak dulu minat bola.Kalau ada perlawan di Ipoh,pasti pergi.Kalau Perak masuk final dan lawan di stadium Shah Alam,pun kami pergi.
Rumah kami di Taiping,tapi minat punya pasal,itu tak jadi soal.Pergi petang,habis perlawanan minum minum sikit,pekena roti canai,baru balik.Esoknya cuti pergi kebun.
Petang itu kami ke stadium dengan menaiki kereta kancil milik Ringgo yang baru dibeli dua bulan lepas.Perlawanan malam itu berlansung dengan rancak.Dan seperti biasa,seladang dan jengking sama handal.Seri lagi.....2-2.
Sebelum pulang kami singgah di sebuah kedai mamak pekena teh tarik serta roti canai.Sambil itu mengulas serba serbi tentang perlawanan tadi.Mulalah mengutuk si polan dan memuji si polan.
Pukul 12.oo malam,kami bertolak pulang.Ringgo memandu agak perlahan kerana hujan renyai dan kebetulan esoknya hari Ahad.Baru setengah jam perjalanan,Sham dan Isman sudah berdengkur.Tinggallah saya dan Ringgo saja yang berjaga.
"Kuatkan sikit lagu tu," kata Ringgo bila radio menyiarkan lagu-lagu yang menarik.kalau tidak silap saya lagu kumpulan Wings,Intan Ku Kesepian.
Waktu kami mendaki bukit berapit yang curam dan berlengkang-lengkuk,saya dapati ada sebuah kenderaan di belakang.Suluhan lampunya jelas terpancar dalam cermin kereta kami.Kian lama ia kian hampir dan seterusnya memotong.
Apabila ia berada di sebelah kami,kenderaan tersebut memperlahankan kelajuan dan bergerak seiring dengan kereta kami.Mulanya kami tidak menghiraukannya,tapi bila agak lama ia begitu,Ringgo merungut.
"Nak potong-potonglah,kalau nak test power...aku tak ada masalah.Tapi ka..."tiba-tiba dia berhenti bercakap.
Saya yang baru hendak tergelak segera memandang ke arah Ringgo.Dia terus diam,tapi mencuit paha saya dan memberi isyarat tangan supaya saya menoleh ke arah kereta di sebelah.
Bagai hendak pengsan saya ketika itu kerana kereta di sebelah berwarna putih dan di dalamnya dipenuhi dengan lembaga putih.Lebih tepat lagi,bentuknya sama seperti mayat yang sudah dikafan.Pada kepalanya terdapat satu punjut ikatan sama seperti yang dibuat pada mayat sebelum di masukkan ke dalam liang lahad.
Tanpa berkata apa-apa,Ringgo meningkatkan kelajuan keretanya,tapi kereta di sebelah juga begitu.Bila Ringgo memperlahankan kereta,ia juga memperlahankan kelajuannya.
Mulut kami kelu,tak boleh berkata apa-apa.Darah terasa kering,kalau di toreh pun takkan berdarah.Yang mampu di sebut cuma ALLAH,ALLAH,ALLAH...itu saja.Surah-surah lazim yang mudah-mudah pun tidak mampu diingat lagi.
"Laju lagi Ringgo,"kata saya,perlahan.Suara saya tenggelam timbul.
Ringgo memecut kancilnya,tapi kereta disebelah tetap bergerak seiring.Aduh...tidak dapat hendak digambarkan perasaan saya ketika itu.saya tidak berani menoleh ke sebelah bimbang ia sudah bertukar wajah.
Selepas beberapa minit bersaing,kereta yang di penuhi mayat itu memecut meninggalkan kami.Ia ghaib sampai ke puncak bukit berkenaan,tiada lansung kelibat lampu belakangnya.
Bermula malam itu,saya dan Ringgo tidak berminat sangat untuk menonton perlawanan bola sepak pada waktu malam.Sham dan Isman juga begitu.MyEm0.Com

Wednesday, December 2, 2009

cinta

JAgAn Lafazkan "Aku
cinta padamu" bila
Hati Tak bEnar-BenAr
peDuLi....Jangan BiCarakan
SoaL PerAsAan biLa
iTu tAk bEnar Ada....JangAn
diSenTuh HiDup sEsEoranG
JikA hAnyA BerNiaT
mAin-mAin
DenGannya.....JanGan
MenATap kE daLam
mAta sEsEoranG biLa
Apa YaNg DiLakukAN
HanyA
PemboHOngan...JaNgaN
mEmbUatKan sEsEOrang
JatuH CinTa....SedAngkAn
kAu Tak SangGup
MenErIManYa...:-(((
MyEm0.Com