Tuesday, December 29, 2009
ADAKAH????
Kau kenal MAWI???
Kau kenal PETERPAN???
Kau kenal SOFAZ???
Dan kau kenal MY CHEMICAL ROMANCE??
tetapi...
Adakah kau kenal Nabi Muhammad S.A.W,
Penghulu kita,umat ISLAM??
Kau menghafal lirik lagu
Adakah kau sematkan ayat-ayat suci AL-QURAN
Di dalam kotak mindamu??
Kau jadikan hiburan sebagai teman di hati
Adakah rancangan forum dijadikan sebagai
TEMAN SETIAMU???
Adakah kau menjadikan ISLAM sebagai
PEGANGANMU??
Atau sekadar menganutinya tanpa
AMALAN ??
p/s:ada sesiapa yang terasakah????
Wednesday, December 23, 2009
cerita lawak & kelakar
.
sang lalat dan isterinya
makan seketul najis,
lalu berkatalah bini sang lalat,
"bang,kenapa
kita kena makan najis hari2???
saya dah tak larat lagi!!"
jawab lakinya,"hishh!! jangan
cakap benda-benda kotor
depan rezeki,
tak baik tau!!!
.
gear???
.
said baru beli sebuah
motosikal.
ketika dalam perjalanan
pulang,dia terserempak
dengan ariffin yang ingin
menumpang motosikalnya,
sepanjang perjalanannya,
ariffin merasakan said
hanya menggunakan gear satu
sahaja,lalu bertanyalah
si ariffin yang keliru itu...
ariffin:kenapa kau guna gear satu???
said:yelah,kalau rosak gear satu,gear duakan ada lagi!!
ariffin:???????
.
baham
.
satu hari khalid ke balai polis......
khalid:selamat pagi tuan.
polis:selamat pagi...ya,ada apa?
khalid:saya nak wat laporan tuan.
polis:pasal apa???
khalid:kawan saya dibaham harimau kumbang
di kawasan air terjun tak jauh dari sini.
polis:pukul berapa kejadian berlaku??
khalid:hishh!!dia(harimau kumbang)
tak pukul tuan,dia terkam
polis:habis???
khalid:tak habis tuan!!tinggal kepala!!
polis:??!@#$%^&*
..
.
.
.
sok aku akan dapat result pmr...takot giler nie.....
Saturday, December 19, 2009
Friday, December 18, 2009
maal hijrah/mimpi/bola
- ari nie aku nak ucap salam maal hijrah kat korang sume.... tekadkan azam baru yer.....tema maal hijrah taun nie,'memantapkan ukhwah,memperkasakan ummah'(betol dak tau..klo cilap cory)
- aku nak citer sikit pasal mimpi aku nie...mimpi nie membuatkan aku berbanyak-banyak lah takutnya.......aku mimpi aku dok dalam kelas kat kolah,pastu cikgu dok mengajar kat depan...cikgu dok marah2,lpas tu cikgu gitau ada org gagal math dlm pepriksaan PMR..aku gementaq tak qira apa dah...lepas cikgu gtau nama sorang2,last2 skali nama aku...pastu aku terus bangun dari tidur takut punya pasal....macam mana nie...aku takot la..result dah nak dekat dah nie,brapa ari ja lagi nie...aku harap aku tak gagal la....sob...sob...sob...
- haa...mesti sume dah tau kan...malysia menang ngan vietnam....best oohh...malaysia menang tu....aku yang tak penah2 tengok bola tetiba jer tringin nak tengok...ari tu aku tengok prlawanan malaysia ngn laos...pastu malaysia ngan vietnam plak....klo aku tengok mesti menang punya la...huhuhu ...klo aku tak tengok belom sure menang gie... aaaa,1 gie waktu penyampaian pingat kan aku tengok gunalan ker sapa tah,dan lagi nak ngorat minat yg pegang pingat tu.....what the fish btol laa.
Thursday, December 17, 2009
pengantin selimut putih
Wednesday, December 16, 2009
air mata wanita
.
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah,mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas." Sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
.
Si anak membesar menjadi remaja dan dia tetap terus bertanya-tanya,mengapa perempuan menangis?.Hingga pada suatu malam,ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah,mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapan:
.
"Saat Ku ciptakan wanita,Ku buatnya menjadi sangat utama.Ku ciptakan bahunya,agar mampu bertahan sepenuh beban dunia dan isinya,walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur"
.
"Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya,walau kerap berulang kali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia membesar."
.
"Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa"
.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih,walau sakit,walau penat tanpa keluh kesah"
.
"Ku berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapon.Walau acapkali anak2nya itu melukai perasaan dan hatinya.Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap.Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya."
.
"Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak."
.
"Ku berikan kepadanya setiap kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar,saling melengkapi dan saling menyayangi."
.
"Dan akhirnya,Ku berikan dia air mata,agar dapat mencurahkan perasaannya.Anugerah inilah yang khusus kepada wanita,agar dapat dia gunakan bila masa pon ia inginkan.Hal ini bukan kelemahan bagi wanita,kerana sebenarnya air mata ini ialah "air mata kehidupan"
p/s:kat padang serai ada karnival islam...mai la cinggah..
Tuesday, December 15, 2009
what the fish
Monday, December 14, 2009
pegi lawatan kat alor setar
(gambar kat luar muzium padi)
(menara alor star)
dulu aku dok perlis tiap2 minggu jugak la pegi alor star,
sapa yg gayat tuu,aku cadangkan tak yah naik la...
Sunday, December 13, 2009
13 disember
Saturday, December 12, 2009
melawat usm
(nie plak masa tengok pasal angkasa lepas...
kat depan skali tu ada skrin besar tau...cam dlm panggung
wayang la plak)
(nie bahagian pe tah...farhana tu, org suh dia test nak
jadi dj la kononnya)comelkan dia
(nie...masa kat dlm perpustakaan hamzah sendut 1 kot...dia bagi penerangan
tentang tugas2 diorang...sori ek kalau tersilap tulis
nama perpustakaan tu)
(bilik ni tempat utk bersantai...bleh dengar radio lagi...pilih
(gambar ni masa kat alor setar....sori,gambar nie sesat.huhuhu)
yg nak bawak kitaorang masuk makmal...kecuali yg baju merah,tu cikgu gua lah)
run 4 ur life
Thursday, December 10, 2009
adakalanya lebih baik...
Manusia di anugerahi Allah dengan serba
kesempurnaan dan kelebihan berbanding makhluk lainnya,
Namun tidak ramai manusia bersyukur dengan anugerah tersebut...
Sebaliknya memanfaatkan kelebihan itu untuk tujuan
yang jelas bertentangan dengan perintah pencipta-Nya
lantaran itu,adakalanya lebih baik...
- Buta mata daripada celik tetapi melihat perkara yang cemar dan aib
- Pekak telinga daripada mendengar dusta dan berkata nista
- Bisu lisan daripada berbicara dusta dan berkata nista
- Berwajah buruk daripada cantik tetapi riak dan mermegah-megah.
- Tak berakal daripada waras tetapi berkelakuan seperti orang tidak siuman.
- Pendek usia daripada panjang tetapi hidup dalam kemungkaran dan kemaksiatan.
Wednesday, December 9, 2009
di mana gagahnya seorang lelaki
yang jelingannya tajam menusuk jiwa,
atau mungkinkah pada tubuhnya,
yang gagah perkasa untuk diperagakan
atau mungkinkah pada rupa parasnya,
yang bisa memikat hati sesiapa yang memandangnya,
atau mungkin pada tutur katanya
yang bijak bermain kata
juga bisa mencairkan hati wanita
atau mungkinkah pada pakaiannya
yang tampak segak penuh bergaya
atau mungkinkah pada batinnya
yang sentiasa luhur dan ikhlas
yang tidak pernah menghampakan sesiapa
yang sentiasa rindukan Tuhannya
ya,baru kini aku temui jawapannya...
yang bisa merungkai segala persoalan
yang sering bermain di mindaku,
gagahnya seorang lelaki itu,
bukannya pada luaran sahaja sebaliknya...
sejauh mana dia dapat mengawal perasaan marahnya,
ketahuilah,
kegagahan seseorang lelaki itu,
bermula daripada seketul daging dalam diri,
yang bernama hati,
sekeping hati yang ikhlas,tulus dan tawaduk,
dalam menunaikan ibadat kepada Allah
p/s:posting ini tiada kaitan dengan heart broken okey...
Tuesday, December 8, 2009
mengapa tak tangkap
dibawa melawat balai polis untuk mengetahui
tugas anggota polis.mereka telah melihat papan
kenyataan yang meletakkan gambar sepuluh
penjenayah yang paling dikehendaki.
seorang kanak-kanak telah bertanya kepada
pegawai yang menyambut mereka sama ada
gambar itu betul-betul gambar penjenayah tersebut.
"Ya,"kata pegawai itu, "mereka sedang diburu
polis,"
"mengapa tak tangkap masa ambil gambar itu."
Sunday, December 6, 2009
air dalam kaburetor
Saturday, December 5, 2009
Van Mayat
"Man,jadi malam ni?Seladang nak lenyek si jengking."
"Okey aja.Ringgo,dema macam mana?"Isman bertanya kepada Rahim yang kami panggil Ringgo.Ringgo bersetuju.Begitu juga Sham.Itulah kawan-kawan yang selalu bersama saya ke stadium menonton perlawanan bola sepak.Kami sejak dulu minat bola.Kalau ada perlawan di Ipoh,pasti pergi.Kalau Perak masuk final dan lawan di stadium Shah Alam,pun kami pergi.
Rumah kami di Taiping,tapi minat punya pasal,itu tak jadi soal.Pergi petang,habis perlawanan minum minum sikit,pekena roti canai,baru balik.Esoknya cuti pergi kebun.
Petang itu kami ke stadium dengan menaiki kereta kancil milik Ringgo yang baru dibeli dua bulan lepas.Perlawanan malam itu berlansung dengan rancak.Dan seperti biasa,seladang dan jengking sama handal.Seri lagi.....2-2.
Sebelum pulang kami singgah di sebuah kedai mamak pekena teh tarik serta roti canai.Sambil itu mengulas serba serbi tentang perlawanan tadi.Mulalah mengutuk si polan dan memuji si polan.
Pukul 12.oo malam,kami bertolak pulang.Ringgo memandu agak perlahan kerana hujan renyai dan kebetulan esoknya hari Ahad.Baru setengah jam perjalanan,Sham dan Isman sudah berdengkur.Tinggallah saya dan Ringgo saja yang berjaga.
"Kuatkan sikit lagu tu," kata Ringgo bila radio menyiarkan lagu-lagu yang menarik.kalau tidak silap saya lagu kumpulan Wings,Intan Ku Kesepian.
Waktu kami mendaki bukit berapit yang curam dan berlengkang-lengkuk,saya dapati ada sebuah kenderaan di belakang.Suluhan lampunya jelas terpancar dalam cermin kereta kami.Kian lama ia kian hampir dan seterusnya memotong.
Apabila ia berada di sebelah kami,kenderaan tersebut memperlahankan kelajuan dan bergerak seiring dengan kereta kami.Mulanya kami tidak menghiraukannya,tapi bila agak lama ia begitu,Ringgo merungut.
"Nak potong-potonglah,kalau nak test power...aku tak ada masalah.Tapi ka..."tiba-tiba dia berhenti bercakap.
Saya yang baru hendak tergelak segera memandang ke arah Ringgo.Dia terus diam,tapi mencuit paha saya dan memberi isyarat tangan supaya saya menoleh ke arah kereta di sebelah.
Bagai hendak pengsan saya ketika itu kerana kereta di sebelah berwarna putih dan di dalamnya dipenuhi dengan lembaga putih.Lebih tepat lagi,bentuknya sama seperti mayat yang sudah dikafan.Pada kepalanya terdapat satu punjut ikatan sama seperti yang dibuat pada mayat sebelum di masukkan ke dalam liang lahad.
Tanpa berkata apa-apa,Ringgo meningkatkan kelajuan keretanya,tapi kereta di sebelah juga begitu.Bila Ringgo memperlahankan kereta,ia juga memperlahankan kelajuannya.
Mulut kami kelu,tak boleh berkata apa-apa.Darah terasa kering,kalau di toreh pun takkan berdarah.Yang mampu di sebut cuma ALLAH,ALLAH,ALLAH...itu saja.Surah-surah lazim yang mudah-mudah pun tidak mampu diingat lagi.
"Laju lagi Ringgo,"kata saya,perlahan.Suara saya tenggelam timbul.
Ringgo memecut kancilnya,tapi kereta disebelah tetap bergerak seiring.Aduh...tidak dapat hendak digambarkan perasaan saya ketika itu.saya tidak berani menoleh ke sebelah bimbang ia sudah bertukar wajah.
Selepas beberapa minit bersaing,kereta yang di penuhi mayat itu memecut meninggalkan kami.Ia ghaib sampai ke puncak bukit berkenaan,tiada lansung kelibat lampu belakangnya.
Bermula malam itu,saya dan Ringgo tidak berminat sangat untuk menonton perlawanan bola sepak pada waktu malam.Sham dan Isman juga begitu.
Wednesday, December 2, 2009
cinta
Tuesday, December 1, 2009
sakitnya bersalin
anak pertama siti.muka siti kelihatan seperti dia
ada sesuatu yg merisaukan.doktor bertanya jika
dia ada apa-apa masalah.
"saya bimbang tentang bersalin,bagaimana sakitnya masa bersalin?"tanya siti
"sebenarnya sakit itu berbeza antara satu
orang dengan orang lain.lagipun susah nak cerita
bagaimana rasanya sakit,"jawab doktor
"saya tau,tapi doktor mungkin boleh beri
sedikit gambaran."desak siti
"macam inilah pegang bibir atas kamu
kemudian tarik sedikit...."
"macam ini?"
"kuat lagi..."
"macam ini?"
"kuat lagi...."
"macam ini?"
"haa macam itu,sakit tak?"
"sakit sikit"
"sekarang,tegang kuat-kuat,tutup kepala
dengan bibir itu."
haa.....macam mana kaum hawa @ bakal ibu...apa perasaan anda???
renung2 kan lah yer
Monday, November 30, 2009
bayar melalui gambar
dia membalas surat tersebut dengan menghantar gambarfoto tiga keping wang seratus ringgit
polis membalas surat tersebut dengan menghantar sekeping gambar-gambar sepasang gari...
Thursday, November 26, 2009
perut pak Derus terpancut keluar
sepanjang perkahwinan mereka pak derus dan mak munah tidak pernah bergaduh besar.kalau ada pun perselisihan yg mampu menggugat perkahwinan mereka ialah tabiat pak derus yg menyebabkan mak munah terseksa.
bagaimana mak munah tak terseksa?setiap pg,sebaik-baik sahaja pak derus terjaga,pak derus melepaskan angin.bunyinya begitu nyaring,sehinggakan mak munah terjaga.baunya,dasyat sungguh,mak munah hampir tercekik kerana tidak dpt bernafas.tercungap-cungap mak munah mendapatkan udara segar.
perkara begitu pertama kali berlaku kira-kira dua minggu selepas hari perkahwinan mereka.macam nak minta cerai perasaan mak munah masa itu.ttp mereka baru sahaja berkahwin,jadi tidak elok pula rasa mak munah.maka,tidak jadilah bercerai.
pagi berikutnya perkara yg sama berlaku.menyumpah-nyumpah mak munah ttp,pak derus selamba sahaja.begitulah pg yg seterusnya.
satu pg mak munah tak tahan, "tolonglah bang,satu pg sahaja bang jgn buat macam tu."
"nak buat macam mana dah perut saya macam tu," jawab pak derus.
"kalau macam tu,abang pergilah jumpa doktor,"rayu mak munah
"jumpa doktor...."pak derus buat-buat terperanjat, "ini dh mmg keadaan semula jadi badan manusia,bukan ada penyakit."
"abang tau tak,satu hari nt terkeluar tali perut tu baru abang tau,"ugut mak munah.
ugutan mak munah tidak memberi sebarang kesan kpd pak derus.kebiasaan pak derus melepaskan angin tiap2 pagi tetap berterusan.dari zaman pak derus baru berkahwin sehinggalah pak derus mempunyai lima belas cucu.dari masa pak derus berbadan tegap hinggalah mula nak bongkok dan mata dah rabun.
setiap pg,mak munah bukan lagi menggugut ttp telah menyumpah, "satu hari,aku sumpah tali perut abang terkeluar,baru abang tau"
suatu petang mak munah mendapat panggilan telefon drpd azam,anak mereka yg menjadi penternak dan pembekal ayam belanda yg berjaya.azam meminta emaknya memasak ayam belanda percik utk majlis hari jadi anaknya.mak munah mmg pandai memasak ayam belanda percik.jadi azam selalu meminta emaknya memasak ayam belanda percik.
"bila kau nak bawa ayam belanda itu,"tanya mak munah
"esok pg subuh-subuh saya bawa"
esoknya,sebelom pak derus bangun,azam sudah sampai membawa dua ekor ayam belanda yang sudah disembelehdan dibuang bulunya.
oleh kerana tiada kerja lain,mak munah mula menyediakan masakan tersebut awal-awal lagi.ketika dia mengeluarkan perut ayam belanda itu,terlintas di fikirannya cara untuk menyelesaikan masalah suaminya.dahinya berkerut ketika mak munah meletakkan perut ayam belanda itu ke dalam mangkuk.perlahan-lahan dia bawa mangkuk itu ke atas,ke bilik tidur mereka.berjenket-jengket dia masuk ke bilik dan menghampiri suaminya yg sedang nyenyak.mak munah menyelak selimut,kemudian menarik seluar dalam suaminya dan meletak isi perut ayam belanda ke dlm seluar dalam itu.seluar dlm itu perlahan-lahan ditarik ke kedudukkan asalnya.akhirnya mak munah perlahan-lahan keluar dari bilik dan turun menyambung kerjanya.
setengah jam kemudian mak munah terdengar suaminya terjaga dgn bunyi trumpetnya.tidak lama selepas itu terdengar jeritan suaminya.mak munah tidak dpt mengawal dirinya,tergolek di lantai ketawa.matanya berair kerana terlalu banyak ketawa.selepas empat puluh tahun barulah mak munah dpt membalas perbuatan suaminya.dua puluh minit kemudian barulah mak munah dpt mengawal keadaan.pada ketika itu juga suaminya turun.seluarnya kelihatan berdarah.muka pak derus berkerut ngeri.mak munah mengunci bibirnya drpd ketawa dan bertanya "kenapa ni?"
"sumpah kau mmg menjadi,aku saja yg tak percaya,"kata pak derus
"mengapa pulak?"mak munah pura-pura bertanya.
"tali perut aku terkeluar,betol macam kau cakap,tapi,aku guna jari ni tolak masuk balik."
"ha....."ternganga mulut mak munah kerana terperanjat.
Tuesday, November 24, 2009
masalah ingatan
Sunday, November 22, 2009
cerita pak mat
Friday, November 20, 2009
Datuk Tersesat
Thursday, November 19, 2009
award dr nadia94
Wednesday, November 18, 2009
good luck 4 u
Tuesday, November 17, 2009
selamat tinggal
Sunday, November 15, 2009
Rahsia sebenar mekap muslimah
assalamualaikum semua.apa khabar?dah lama aku tak update blog ni.ni la post terbaru aku.korang baca yer....rahsia sebenar mekap muslimah
- jadikanlah "Ghadul Bashar"(menundukkan pandangan sebagai "hiasan mata" anda,nescaya akan semakin bening dan jernih)
- oleskan "lipstik kejujuran"pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.
- gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan komestik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun iman.
- pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
- rawatlah rambut anda dengan "selendang islam" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan laki-laki yang membahayakan .
- hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang tawadhu" dan jari-jari anda dengan "cincin ukhuwah".
- bedakilah wajah anda dengan "air wudhu" nescaya akan bercahayalah di akhirat.
InsyaAllah semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t...
enjoy yourself okkkkk
Saturday, October 17, 2009
BoWinG GiLeR
Wednesday, October 14, 2009
ALL ABOUT A FRIEND
Saturday, September 5, 2009
cepat3x
dlm masa sebulan je lagi dah nak dekat peksa...takut nie.klo bleh nak pecepat masa coz klo dah abes peksa x yah nak pikir apa2 dah,hilang tension sikit...sikit je la..
klo dah abis peksa,aku x yah jumpa dah cikgu yg menyakitkan hati nie....aku geram betol la ngan prangai dia...sebagai cikgu,dia kena la tunjuk teladan yg baek utk pelajar2 dia...nie dak...lagi teruk drpd students sendiri.
arap2 taun depan dia x mengajar aku dah.....
k tatatititutu...muahhhhh.
Friday, August 28, 2009
award lagi dari gavinoz
Wednesday, August 26, 2009
Taubat
Tuesday, August 25, 2009
best frenz 4ever
melalui blog aku nie,,aku nak mengucapkan bebanyak trima kasih kpd semua kawan2 aku yg telah banyak menolong aku....banyak sungguh perkataan banyak...hehehe.
klo aku ada masalah apa2 mesti aku cite kat depa...kat skolah klo x dak depa2 nie mmg sunyi gila la idup aku nie....
my best friend not my boyfriend.
-fatin nadia
-wani
-iffa
-tikah
-nisah
kepada kawan2 ku semua klo aku ada wat cilap kat korang yg membuatkan korang marah kat aku,aku mintak maaf sangat2 k..maafkan aku yer.
rakan blogger
-abang besi
-cahayachenta
-gavinoz
-nophie
-riBEna